40 Years of Nurturing Little Ones

LOE is now welcoming admission for 2026 intake.
✅ 40 years of guiding little ones and growing bright minds.
✅ All campuses in safe, landed properties.
X5 Education Method

Contact us now to get a 5-day FREE trial!

Parenting A+ Forum 2026: LOE Bersama Ibu Bapa, Meriah & Sarat Ilmu

Shah Alam, 31 Januari 2026 – Parenting A+ Forum 2026 anjuran Pa&Ma dengan sokongan PTPTN telah berlangsung dengan penuh meriah di Shah Alam Convention Centre (SACC). Program ini menghimpunkan lebih 300 ibu bapa bersama barisan pakar keibubapaan, doktor, pakar motivasi dan selebriti terkenal untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam dunia keibubapaan.

Little Ones Eduworld (LOE) berbesar hati kerana telah dijemput sebagai pempamer pada hari tersebut. Lebih istimewa, LOE turut diberi peluang untuk menjemput 50 orang ibu bapa menghadiri forum ini. Satu peluang yang amat bermakna untuk komuniti kami.

Ilmu & Inspirasi dari Panel Hebat

Forum ini menampilkan tokoh-tokoh hebat seperti:

  • Pn. Wan Zawiah Wang Abu Bakar (PTPTN) – berkongsi kepentingan simpanan pendidikan awal.
  • Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah – motivasi membina keyakinan ibu bapa.
  • Dr. Syed Abdul Khaliq – isu kesihatan kanak-kanak berkaitan Influenza & RSV.
  • Dr. Nisa Khalil dan Da’i Fuad Mokhtar – panduan keibubapaan menyeluruh.
  • Selebriti terkenal Nad Zainal, Ungku Ismail dan Anzalna Nasir – pengalaman realiti sebagai ibu bapa muda.

Topik yang dibincangkan merangkumi tips keibubapaan, strategi membina keyakinan, simpanan pendidikan anak-anak, serta kesihatan kanak-kanak.

LOE di Parenting A+ Forum

Sebagai pempamer, LOE berpeluang memperkenalkan pendekatan kreatif dan inklusif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ruang pameran LOE menjadi ruang interaktif di mana ibu bapa dapat mengenali lebih dekat program, aktiviti dan nilai yang kami bawa, iaitu pendidikan yang menyeronokkan, berbudaya dan penuh kasih sayang. Maklum balas daripada ibu bapa yang hadir amat memberangsangkan. Ramai menyatakan rasa terinspirasi dengan perkongsian para panel dan menghargai peluang untuk berhubung secara langsung dengan LOE.

LOE percaya bahawa platform seperti Parenting A+ Forum bukan sahaja memperkaya ilmu keibubapaan, tetapi juga mengukuhkan jaringan sokongan antara ibu bapa, pendidik dan komuniti. Kami berharap program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang, agar lebih ramai keluarga dapat menikmati manfaatnya.

Share your love