


Shah Alam, 31 Januari 2026 – Parenting A+ Forum 2026 anjuran Pa&Ma dengan sokongan PTPTN telah berlangsung dengan penuh meriah di Shah Alam Convention Centre (SACC). Program ini menghimpunkan lebih 300 ibu bapa bersama barisan pakar keibubapaan, doktor, pakar motivasi dan selebriti terkenal untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam dunia keibubapaan.
Little Ones Eduworld (LOE) berbesar hati kerana telah dijemput sebagai pempamer pada hari tersebut. Lebih istimewa, LOE turut diberi peluang untuk menjemput 50 orang ibu bapa menghadiri forum ini. Satu peluang yang amat bermakna untuk komuniti kami.

Forum ini menampilkan tokoh-tokoh hebat seperti:
Topik yang dibincangkan merangkumi tips keibubapaan, strategi membina keyakinan, simpanan pendidikan anak-anak, serta kesihatan kanak-kanak.

Sebagai pempamer, LOE berpeluang memperkenalkan pendekatan kreatif dan inklusif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ruang pameran LOE menjadi ruang interaktif di mana ibu bapa dapat mengenali lebih dekat program, aktiviti dan nilai yang kami bawa, iaitu pendidikan yang menyeronokkan, berbudaya dan penuh kasih sayang. Maklum balas daripada ibu bapa yang hadir amat memberangsangkan. Ramai menyatakan rasa terinspirasi dengan perkongsian para panel dan menghargai peluang untuk berhubung secara langsung dengan LOE.
LOE percaya bahawa platform seperti Parenting A+ Forum bukan sahaja memperkaya ilmu keibubapaan, tetapi juga mengukuhkan jaringan sokongan antara ibu bapa, pendidik dan komuniti. Kami berharap program sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang, agar lebih ramai keluarga dapat menikmati manfaatnya.